Ciri-ciri Kambing Angora

Kambing angora biasanya putih, tetapi yang berwarna-warni kian popular

Seekor kambing baka ini menghasilkan sebanyak empat ke lima kilogram bulu setahun. Kambing Angora dicukur dua kali setahun, sedangkan biri-biri hanya dicukur sekali. Biarpun tebal bulunya, kambing Angora bukanlah biri-biri.

Turki, Argentina, Amerika Syarikat dan Afrika Selatan merupakan pengeluar mohair utama,[1] diikuti New Zealand[2] dan Australia. Sejak sekian lama kambing Angora diternak untuk bulunya yang putih. Pada 1998 ditubuhkannya Colored Angora Goat Breeders Association untuk memupuk pembiakbakaan kambing Angora berwarna lain.[3] Kini kambing Angora menghasilkan bulu yang putih, hitam (dari hitam tua ke kelabu perak), merah (warna ini makin tua kambingnya makin pudar), dan coklat.

Kambing Angora lebih terdedah kepada parasit luaran daripada haiwan-haiwan seumpamanya kerana bulunya lebih tebal. Baka ini tidak cepat berkembang biak, malah tidak dianggap sangat lasak, lebih-lebih lagi sangat rapuh pada usia baru lahir. Lebih-lebih lagi, kambing Angora tinggi keperluan zatnya kerana bulunya cepat tumbuh. Pemakanan yang kurang bermutu boleh membantutkan perkembangan mohair.